Infotainment

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 1

Seiring pengenalan Realme GT Neo 2 di India sebentar tadi, Realme turut mengumumkan kemaskini versi terbaru sistem operasi untuk telefon pintar keluaran mereka menerusi pengenalan Realme UI 3.0. Ia dibina berasaskan sistem operasi Android 12 dan versi stabil akan dilancarkan pada bulan Disember kelak.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 14

Realme UI 3.0 menawarkan rekaan antaramuka serba baharu bersama susunan yang lebih teratur. Melaluinya, ikon kini mempunyai reka bentuk berasaskan 3D bersama dimensi lebih besar dan warna yang ceria untuk pengalaman visual lebih menyeronokkan. Pada masa sama, terdapat juga ruangan putih lebih banyak pada papan pemuka bagi memberikan penampilan antaramuka yang lebih bersih berbanding versi terdahulu.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 3
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 15

Seterusnya, Realme turut menampilkan konsep baru dengan lebih banyak pilihan untuk tetapan peribadi. Ini termasuklah ikon, gambar latar, font dan lain-lain yang seangkatan dengannya yang boleh disesuaikan mengikut keutamaan pengguna. Bukan itu sahaja, kemaskini baharu turut dilengkapi dengan penyesuai warna tema global yang membolehkan pengguna memilih mana-mana rona kegemaran sebagai warna tema.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 4
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 16

Di samping itu, Realme UI 3.0 juga membolehkan pengguna mengubahsuai fungsi Always-On-Display (AOD) dengan rekaan unik. Melaluinya, pengguna juga boleh memuat-naik foto sendiri sekiranya mahu. Kemudian, terdapat juga sokongan animasi avatar 3D yang mengekspresikan wajah pengguna dinamakan Omoji seperti mana yang terdapat pada ColorOS 12 sebelum ini. Tidak ketinggalan, ia juga gambar latar dinamik seba baharu untuk sejumlah peranti terpilih bagi pengalaman visual lebih menarik.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 5
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 17

Kemudian, Realme UI juga menumpukan kepada pengalaman lebih lancar menerusi teknologi AI Smooth Engine. Melaluinya, ia membantu menjadikan prestasi peranti lebih pantas, pada masa sama turut mengurangkan penggunaan kuasa pada peranti. Tidak ketinggalan, ia juga mampu meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 12% lebih baik. Untuk lebih baik, animasi juga telah dioptimumkan dan ia juga mempunyai sokongan tetingkap terapung yang dinaik-taraf untuk penggunaan pelbagai senario.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 6
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 18

Realme UI 3.0 juga menerima perlindungan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memastikan data peribadi pengguna lebih selamat berbanding sebelum ini. Ia mempunyai ciri Private Pic Share yang membolehkan pengguna berkongsi gambar atau video kegemaran secara peribadi.

Seterusnya, ciri Approximate Location untuk perkongsian lokasi dengan lebih jitu. Di samping, fungsi App Permision Recording yang berfungsi sebagai indikasi penggunaan kamera serta mikrofon. Dalam pada itu, sistem pengurusan peranti juga dibina semula dengan lebih banyak ciri keselamatan termasuklah Harrasment Call Blocking.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 10
Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 19

Jadi, itulah penawaran yang terdapat pada Realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Peranti pertama yang akan menerima kemaskini adalah Realme GT 5G. Kemudian, ia diikuti dengan model Realme X7 Max, Realme GT Master Edition, Realme 8 Pro dan Realme GT Neo 2 yang akan mendapat kemas kini pada Disember 2021.

Seterusnya, Realme X50 Pro 5G, Realme 7 Pro, Realme X7 Pro, Realme 8 4G, Realme Narzo 30, Realme C25, Realme C25s, Realme Narzo 50A dan Realme 8i pada suku pertama tahun 2022.

Sementara itu, Realme X7, Realme X3, Realme X3 SuperZoom, Realme 8 5G, Realme 8s, Realme 7 5G, Realme Narzo 30 Pro 5G, Realme Narzo 30 5G pula akan dikemas kini pada pada suku kedua tahun 2022.

Realme UI 3.0 Kini Diumumkan – Dibina Berasaskan Android 12 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo