Infotainment

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020
OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 1

Bermula tahun 2020, bekerja dan belajar dari rumah merupakan salah satu norma baharu yang kita semua perlu lalui. Satu laporan telah diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), menyatakan penggunaan internet di negara telah meningkat dengan ketara kepada 91.7% pada tahun 2020 berbanding 90.1% pada tahun 2019. OpenSignal pula, iaitu syarikat penganalisa penggunaan data internet terkemuka juga telah mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang menggunakan data mudah-alih yang tertinggi di Asia Tenggara. Kenyataan ini juga dikuatkan apabila Digi melaporkan bahawa penggunaan data mudah-alih setiap pengguna mereka telah meningkat daripada 14.5GB untuk suku pertama 2020 kepada 21.4GB untuk suku kedua 2021.

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020
OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 10

Laporan OpenSignal yang terbaru juga telah memperlihatkan persaingan sengit di antara syarikat telekomunikasi tempatan untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi mereka mendapat kedudukan terbaik dalam laporan mereka bagi setiap suku tahun. Antara syarikat telekomunikasi yang berjaya mendapat banyak pengiktirafan adalah Digi.

Kategori Yang Dimenangi Oleh Digi

Kelajuan Muat Turun Terpantas (April & September 2021)

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 3
OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 11

Memuat turun fail adalah antara perkara yang kita semua mesti lakukan setiap hari. Tidak kiralah, sama ada memuat turun fail-fail untuk tugasan kerja, ataupun sekadar memuat turun gambar daripada aplikasi permesejan seperti WhatsApp. Jika proses muat turunnya lambat, ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada produktiviti harian kita. Oleh sebab itu, kelajuan muat turun ini sangat penting untuk diambil kira.

Digi sebagai salah satu syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia, berada di tangga pertama untuk laporan suku kedua tahun (April 2021) ini dengan peningkatan 2.8Mbps berbanding laporan sebelumnya. Ini menjadikan kelajuan puratanya adalah sepantas 13.3Mbps. Kedudukan mereka juga tidak berganjak untuk laporan suku ketiga 2021 dan kekal di tempat pertama dengan kelajuan secara purata 12.4Mbps.

Pengalaman Video Terbaik (April & September 2021)

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 4
OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 12

Pengalaman tontonan video yang baik adalah apabila anda dapat merasai keseronokan menonton video resolusi yang asas dan tidak perlu menunggu lama untuk menonton tanpa sebarang masalah lengah masa. Untuk kategori ini, Digi berada di tempat pertama dengan markah tekumpul 62.7% di mana rangkaian mereka juga terbaik dari segi pengalaman video di semua negeri di Malaysia untuk suku kedua 2021.

Bagi suku ketiga 2021, Digi menduduki tempat kedua dengan mata terkumpul 57.5%. Walaupun begitu, perbezaan mata terkumpul dengan pemenang hanyalah 0.5% sahaja. Malah, jika mengikut skala pemarkahan daripada OpenSignal, pengalaman video yang baik adalah bermula daripada 55% dan untuk prestasi Digi, ia masih lagi dalam kategori pengalaman video yang baik. Walaubagaimanapun, kedudukan Digi secara keseluruhan ini tetap tidak menggugat kedudukan pertama mereka untuk 8 negeri di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu.

Pengalaman Panggilan Video Berkumpulan Terbaik (Mei 2021)

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 5
OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 13

Di kehidupan norma baharu sekarang ini juga sedikit sebanyak telah mengubah cara kita semua berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti panggilan video berkumpulan sudah menjadi kebiasaan dan perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketika waktu perayaan semasa PKP dimana kebanyakan di antara kita tidak dapat beraya bersama. Oleh sebab itu, pengalaman panggilan video berkumpulan ini menjadi kepentingan kepada kita semua untuk kekal berhubung dengan orang tersayang.

OpenSignal mengambil kira pengalaman panggilan video berkumpulan terbaik apabila pengguna mampu berinteraksi dalam masa nyata antara satu sama lain, tidak mengalami masalah lengah masa, mempunyai kualiti video dan audio yang baik walaupun terdapat ramai pengguna dalam sesuatu panggilan video berkumpulan tersebut. Dan apa yang mengagumkan, Digi memenangi tangga pertama dengan mata terkumpul 62.1% bagi kategori ini. Ternyata, mereka mampu menawarkan kualiti panggilan video berkumpulan yang baik.

Rangkaian Mudah-Alih Terpantas (April 2021) Dari Ookla

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 6
OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 14

Ookla juga telah mengeluarkan laporan bagi rangkaian mudah-alih terpantas di Malaysia bagi suku kedua 2021. Selepas banyak kategori dimenangi oleh Digi untuk pelbagai perkhidmatan mereka, tidak hairanlah untuk Digi menjadi syarikat telekomunikasi dengan skor kelajuan paling tinggi di Malaysia. Melalui purata yang dicatatkan pada suku kedua 2021, Digi dilihat mempunyai skor kelajuan sebanyak 30.20 dan paling tinggi berbanding yang lain.

Kesimpulan

Pelaksanaan PKP sedikit sebanyak telah mengubah cara penggunaan data kita semua menjadikan permintaan untuk menggunakan data bagi penstriman video dan permua semakin meningkat. Namun, Digi berjaya untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mereka akan terus mengekalkan momentum untuk menambah baik perkhidmatan mereka. Jadi disini kita boleh simpulkan bahawa Digi adalah salah satu syarikat telekomunikasi yang berjaya menawarkan perkhidmatan yang konsisten.

Jika sekarang, rangkaian 4G LTE dan LTE-A mereka telah merangkumi 92% dan 75%, mungkin kelak Digi akan meluaskan lagi penawaran rangkaian 4G mereka dengan lebih menyeluruh di seluruh Malaysia. Seiring dengan ini, mereka juga ingin memfokuskan kepada Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memastikan para pelanggan Digi untuk rangkaian 3G dapat berpindah ke rangkaian 4G sebelum rangkaian 3G dihentikan sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, mereka ingin memajukan peningkatan liputan rangkaian 4G dan telah berjaya menaik tarafnya sebanyak 62% bagi suku kedua tahun ini. Mereka juga turut menyasarkan untuk kekalkan kedudukan pertama mereka sebagai syarikat telekomunikasi yang terpantas dan konsisten dari segi kelajuan muat turun, pengalaman video, dan panggilan video berkumpulan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat meyakinkan lagi kita sebagai pengguna data mudah-alih untuk menggunakan talian Digi.

Jadi, anda tidak lagi perlu risau untuk melanggan mana-mana pas bulanan daripada Digi kerana kita semua sudah maklum bahawa Digi adalah syarikat telekomunikasi yang terpantas dan yang konsisten dalam menambah baik perkhidmatan mereka semenjak tahun 2020 lagi. Malah, jika anda berkeinginan untuk bertukar talian, inilah masa yang terbaik untuk anda bertukar ke Digi.

Penafian : Advertorial Daripada Digi

OpenSignal: Digi Terpantas Dan Konsisten Sejak Tahun 2020 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo