Infotainment

“Jangan Biasakan Pasangan Mesra Dengan Wanita, Lelaki Lain”

“Jangan Biasakan Pasangan Mesra Dengan Wanita, Lelaki Lain”
"Jangan Biasakan Pasangan Mesra Dengan Wanita, Lelaki Lain" 1

Perkongsian pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail menjadi perhatian ramai apabila mengingatkan kaum lelaki terutamanya suami untuk menjaga diri dan keluarga.

Menerusi entri itu, Haris berkata nukilan itu sekadar peringatan termasuk untuk diri sendiri agar tidak terjadi pada dirinya kelak. Kata suami kepada selebriti popular, Neelofa itu lagi, keadaan sekarang semakin parah apabila ada adegan cium atas alasan lakonan.

BACA: Empayar Ratus Juta, Netizen Kagum PU Riz & Neelofa Pakai Kasut Skechers Sahaja

"Jangan Biasakan Pasangan Mesra Dengan Wanita, Lelaki Lain" 2

“Nukilan Haris Ismail. Ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat, tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina. Saja nak tulis sini semoga tidak terjadi pada diri yang hina ini. Amin.

“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam.

“Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima. Tapi apa kata agama?” soalnya.

Haris turut mengingatkan lelaki bergelar suami supaya tidak menjadi lelaki dayus yang hanya menutup sebelah mata sahaja apabila isteri dan anak-anak melakukan kemungkaran.

“Tersangat penting kita menjaga ahli keluarga, isteri dan anak-anak dengan sentiasa menjaga aurat, pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ.

“Jangan jadi lelaki dayus buat tidak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat. Kerana di akhirat nanti, jika bapa tidak menegur, akan dipersoal kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Haris turut menyeru untuk mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam biarpun ia sekadar lakonan.

“Ubah fikiran kita, jangan hanya kerana kita anggap itu (perbuatan mungkar) sebagai lakonan, jadi tidak mengapa.

“Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan kita berkata tidak mengapa kerana sekadar lakonan sahaja, adakah itu boleh diterima sebagai alasan? Mestilah tidak! Jangan biasakan mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita terangkut sekali,” katanya.


"Jangan Biasakan Pasangan Mesra Dengan Wanita, Lelaki Lain" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo