Artikel Terkini

Zii Jia mudah ke separuh akhir Terbuka Switzerland

Zii Jia mudah ke separuh akhir Terbuka Switzerland
Zii Jia mudah ke separuh akhir Terbuka Switzerland 1

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas menyingkirkan pemain Taiwan, Lee Chia Hao.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung sebentar tadi, pemain No.4 dunia itu tidak berdepan sebarang masalah apabila mudah mencatat kemenangan 21-12, 21-17 dalam tempoh 37 minit.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia meneruskan rentak konsisten apabila melangkah ke separuh akhir dalam dua kejohanan berturut-turut selepas turut melakukannya pada kejohanan Seluruh England (All England) minggu lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di St. Jakobshalle, Basel itu, Zii jia yang merupakan juara Asia bermula garang apabila mendahului 13-5 di set pertama sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan 21-12.

Memasuki set kedua, Chia Hao yang cuba untuk melakar kebangkitan kembali memperkemaskan permainan dengan memberi cabaran kepada pemenang kejohanan All England 2021 itu, terutamanya menerusi aksi di depan jaring.

Bagaimanapun, Zii Jia tampak lebih bersedia apabila memberi tekanan kepada lawannya itu menerusi pukulan-pukulan smash padu, sekali gus menoktahkan kemenangan 21-17 bagi melangkah ke pusingan seterusnya.

Menanti Zii Jia di pentas separuh akhir esok adalah pemain pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dalam aksi straight set 21-12, 21-15. – KOSMO! ONLINE


Zii Jia mudah ke separuh akhir Terbuka Switzerland 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Gadis Promosi Nasi Kandar Lauk Babi, PRESMA Anggap Satu Penghinaan Pada Industri Nasi Kandar