Artikel Terkini

Wujud pembantu di sekolah guru sedikit dahulu, NUTP beritahu kerajaan

Wujud pembantu di sekolah guru sedikit dahulu, NUTP beritahu kerajaan
Wujud pembantu di sekolah guru sedikit dahulu, NUTP beritahu kerajaan 1

NUTP berkata bilangan tugas mahupun tanggungjawab dipikul seorang guru di sekolah itu jauh lebih banyak berbanding sekolah lain.

Wujud pembantu di sekolah guru sedikit dahulu, NUTP beritahu kerajaan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan mengutamakan keperluan mewujudkan jawatan pembantu dalam menangani beban tugas guru yang berlarutan sejak sekian lama.

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan pembantu guru diwujudkan di sekolah gred B, iaitu mempunyai bilangan guru yang kecil terlebih dahulu.

Presidennya, Aminuddin Awang, berkata ini kerana bilangan tugas mahupun tanggungjawab dipikul seorang guru di sekolah itu jauh lebih banyak berbanding sekolah lain.

“Senarai tugas dan tanggungjawab adalah sama di setiap sekolah tanpa mengira gred, tetapi dari segi taburan, guru di sekolah kecil perlu memikul tugas lebih banyak kerana jumlah keseluruhan tugasan hanya dibahagikan kepada jumlah guru sedikit.

“Sudah pasti penempatan pembantu guru di semua sekolah akan melibatkan implikasi kewangan sangat besar, dengan jumlah sekolah di seluruh negara mencecah 10,223 terdiri daripada pelbagai gred,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, bagaimanapun jawatan pembantu guru perlu difokuskan kepada tugasan hakiki terkandung dalam deskripsi tugas mereka sahaja, bukan meletakkan di tempat lain bagi tugasan anggota pelaksana lain di sekolah.

Dalam pada itu, Aminuddin berharap kerajaan mengutamakan keperluan mewujudkan jawatan pembantu dalam menangani beban tugas guru yang berlarutan sejak sekian lama.

“Kami tidak mahu isu pembantu guru dibangkitkan seolah-olah hanya untuk meraih populariti politik. Isu sekarang bukan lagi untuk kajian tetapi lebih terarah kepada pelaksanaan sedangkan projek rintis pernah dilaksanakan dan dapatan kajian rintis juga ada pada KPM (Kementerian Pendidikan).

“Sudah lama guru mengharapkan jawatan pembantu ini diwujudkan supaya mereka dapat memfokuskan kepada tanggungjawab ke arah peningkatan prestasi akademik di bilik darjah tanpa dibebani dengan tugas perkeranian,” katanya.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara berkata, KPM mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugas perlu digalas guru ketika ini.

See also  Janganlah Tanya Soalan Tak Senonoh & Pelik-Pelik Pada Kanak-Kanak!

Dalam manifestonya bagi PRU15, Pakatan Harapan (PH) menawarkan janji reformasi dalam pendidikan, antaranya mempertimbangkan pelantikan pembantu pengajar bagi membantu guru melaksanakan tugas pentadbiran di sekolah.

KPM pernah melaksanakan pelantikan pembantu guru secara rintis di Melaka dan Kedah pada 2013 hingga 2019, yang mana tugas mereka adalah melaksanakan kerja perkeranian, pengurusan data dan maklumat serta berkaitan pengurusan perpustakaan.

Bagaimanapun, program itu tidak diteruskan mulai 2020 susulan implikasi perjawatan dan kewangan tinggi kepada kerajaan.

Isu pembantu guru sebelum ini diperjuangkan Maszlee Malik, menteri pendidikan era PH yang berjanji akan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan itu.

Wujud pembantu di sekolah guru sedikit dahulu, NUTP beritahu kerajaan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo