Artikel Terkini

Skor Indeks Belia Malaysia berkaitan politik, kenegaraan, demokrasi menurun

Skor Indeks Belia Malaysia berkaitan politik, kenegaraan, demokrasi menurun
Skor Indeks Belia Malaysia berkaitan politik, kenegaraan, demokrasi menurun 1

KUALA LUMPUR – Skor Indeks Belia Malaysia berkaitan politik, kenegaraan dan demokrasi tahun 2022 menurun berbanding tahun 2021.

Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada tahun 2021 negara mencatatkan skor 60.31 peratus berbanding 58.4 peratus pada 2022.

“Usaha meningkatkan skor ini perlu dilakukan terutama bidang ketatanegaraan dan demokrasi.

“Dalam hal inilah kita mahu melihat keterlibatan belia bukan hanya soal kesedaran tetapi soal silang budaya atas kemajmukan kita.

“Soal perbedaan agama perlu disantuni, perbedaan bahasa, budaya dan latarbelakang harus disantuni kerana tujuan kita adalah untuk mencapai kemajmukan dengan mengintai perbezaan namun kita harus mencari kebersamaan,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media.

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2023 di bangunan Parlimen.

Mesyuarat tersebut bagi menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan belia.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Isu atau cabaran utama yang menjadi keresahan belia melibatkan pekerjaan dan pengangguran dan tumpuan isu 2.64 juta pekerja ekonomi gig diberikan tumpuan dalam mesyuarat berkenaan.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan menyarankan terma lebih baik untuk pekerja gig serta perancangan untuk mendorong mereka ke arah masa depan lebih baik.

“Selain menyantuni, kita mahu memahami apa kemahuan mereka, jadi pelbagai perancangan kita perincikan supaya dapat memberikan program bersesuaian dengan kumpulan sasaran,” katanya.

Sementara itu Hannah meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentangkan data terkini membabitkan belia dan masalah sosial serta kesihatan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia akan datang.

See also  Tetap Jadi Hero, Anak Sharifah Shahirah Luka Ketika Bercuti

Ia bagi membolehkan semua kementerian melakukan intervensi berdasarkan data terkini dan tidak lagi membuat keputusan bersendirian atau secara ‘silo’.

“Dalam mesyuarat akan datang, kita minta kementerian terutama KKM dan KDN membentangkan data terkini membabitkan belia dan masalah sosial serta kesihatan.

“Ini supaya kementerian lain boleh membuat intervensi bertepatan dengan data terkini dan kita mahu setiap masalah ini ditangani melalui koordinasi antara semua kementerian,” katanya.

Hannah berkata, mesyuarat yang kali terakhir diadakan pada 2018, akan berlangsung lebih kerap tahun ini.-MalaysiaGazette

Skor Indeks Belia Malaysia berkaitan politik, kenegaraan, demokrasi menurun 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo