Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil mempertikaikan harga biskut ‘Satu Tak Cukup Shelup-Shelup’ yang dijual oleh bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.
Difahamkan, Shuhada menjual biskut tersebut dengan harga RM179.00 tidak termasuk kos penghantaran yang bernilai RM15.00.
Menerusi ciapan di laman Twitter, Diva AA turut membandingkan tindakan ibu kepada dua anak itu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza pun belum tentu tergamak jual semahal ko? Muhasabah woii if ko rasa ko ex bini retis top!!
Bukan itu sahaja, pengacara berusia 57 tahun itu sempat menegaskan bahawa dia tidak akan membeli biskut jualan Shuhada.
Sorry Diva AA tak akan beli walaupun Diva AA kaya raya!. GTHH PUII.
Terdahulu, Shuhada tampil menjelaskan harga biskut itu mencecah RM179.00 kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang premium.
Bukan itu sahaja, dia juga menggunakan jenama coklat mahal selain sos pencicah yang setanding dengan hidangan pencuci mulut di hotel lima bintang.
Harga memang bukan untuk makan sorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo