Artikel Terkini

Selidik semula cadangan lanjut operasi klinik kesihatan terpilih libatkan GP, doktor kontrak

Selidik semula cadangan lanjut operasi klinik kesihatan terpilih libatkan GP, doktor kontrak
Selidik semula cadangan lanjut operasi klinik kesihatan terpilih libatkan GP, doktor kontrak 1

IPOH – Cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan klinik perubatan am swasta (GP) serta doktor kontrak untuk bekerjasama bagi program lanjutan waktu operasi di 52 klinik kesihatan terpilih seluruh negara perlu diselidik semula dari segi kebertanggungjawaban dalam aspek perundangan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata, ia perlu dilaksanakan kerana wujud kemungkinan masalah-masalah terutamanya dari segi akauntabiliti akan timbul.

“Dari segi akauntabiliti, jika berlaku kecuaian, siapa yang akan bertanggungjawab? Pihak kerajaan ataupun pihak swasta?,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan melihat keperluan bagi memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini.

“Kita akan melihat keperluan seperti di Bagan Datuk, Gerik, Lenggong dan Hutan Melintang yang setakat ini agak jauh daripada klinik yang telah beroperasi lebih masa jadi saya akan bincang dengan menteri untuk tambahan beberapa klinik kesihatan yang dilihat perlu,” katanya.

Menurutnya, tujuh klinik kesihatan di negeri ini terpilih bagi program lanjutan waktu beroperasi antaranya Klinik Kesihatan Tapah, Klinik Kesihatan Teluk Intan, Klinik Kesihatan Greentown, Klinik Kesihatan Kamunting, Klinik Kesihatan Taiping, Klinik Kesihatan Sitiawan dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

“Waktu beroperasi bagi klinik-klinik tersebut adalah Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 9.30 malam manakala pada hari Sabtu pada 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Selidik semula cadangan lanjut operasi klinik kesihatan terpilih libatkan GP, doktor kontrak 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri

See also  Datuk Rashid Sidek Seorang 'Family Man,' Lepas Bersara, Banyak Habiskan Masa Dengan Isteri & Anak-anak
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo