Artikel Terkini

Selesai keterangan 4 saksi, pembelaan tutup kes Syed Saddiq

Selesai keterangan 4 saksi, pembelaan tutup kes Syed Saddiq
Selesai keterangan 4 saksi, pembelaan tutup kes Syed Saddiq 1

Hakim menetapkan 10 dan 11 Apr untuk hujahan lisan.

Selesai keterangan 4 saksi, pembelaan tutup kes Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berdepan pertuduhan bersubahat dalam kes pecah amanah, penyelewengan aset dan pengubahan wang haram melibatkan kira-kira RM1.2 juta dana dikaitkan dengan Pemuda Bersatu.

KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah bekas ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menutup kesnya selepas memanggil empat saksi.

Susulan itu, hakim perbicaraan Azahar Abdul Hamid mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis mereka, selewat-lewatnya pada 3 Apr.

“10 dan 11 Apr ditetapkan untuk hujahan lisan dan penjelasan,” kata Azahar.

Terdahulu, peguam utama Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah, pihak pembelaan memilih tidak memanggil pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ihsan Sapuan untuk memberi keterangan.

Pasukan pembelaan sebelum ini telah mengenal pasti Ihsan sebagai saksi kelima dan terakhirnya, tetapi memutuskan untuk tidak memanggilnya, dan memaklumkan hakim berhubung hasrat menutup kes itu.

Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan penolong bendahari Pemuda Bersatu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Stesen Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun bank milik ABBE untuk dirinya dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 dan 21 Apr 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan pengubahan wang membabitkan dua transaksi RM50,000 setiap satu, dipercayai hasil aktiviti haram, dengan memindahkannya daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun ASB miliknya, di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pada 28 Okt, Ahli Parlimen Muar itu diperintahkan membela diri atas semua pertuduhan kerana pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tiga puluh saksi memberikan keterangan untuk pendakwaan.

See also  Intan Ladyana Bertuah Dapat Suami Rajin, Jaga Masa Pantang, Harris Alif Muda Tapi Matang

Selesai keterangan 4 saksi, pembelaan tutup kes Syed Saddiq 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo