Artikel Terkini

Saya tak halang Anwar berdemonstrasi masa jadi PM

Saya tak halang Anwar berdemonstrasi masa jadi PM
Saya tak halang Anwar berdemonstrasi masa jadi PM 1

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang pembangkang untuk membincangkan isu orang Melayu.

Mahathir berkata, ketika menjadi perdana menteri keempat beliau tidak pernah menghalang Anwar untuk mengadakan demonstasi.

“Semasa saya menjadi Perdana Menteri keempat, Anwar mengadakan demonstrasi mingguan. Saya tidak menghalangnya.

“Tetapi kini beliau menjadi Perdana Menteri beliau tidak membenarkan orang Melayu membincangkan masalah yang mereka hadapi,” kata Dr. Mahathir.

Ahad lalu majlis pelancaran Proklamasi Melayu di dua lokasi terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran walaupun telah ditempah terlebih dahulu.

Dr. Mahathir berkata, pihaknya tiada bukti siapa yang menghubungi pihak pengurusan dewan untuk membatalkan tempahan namun percaya ia datang daripada peringkat atasan.

Beliau yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali berkata, pengisytiharan yang hendak dibuat sama sekali tidak menyalahkan kaum lain.

“Kita menyalahkan pemimpin Melayu yang bengkok sahaja. Mereka adalah pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka, yang mencuri wang, yang tidak membantu orang Melayu untuk mengatasi kemiskinan mereka.

“Jika kita tidak dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh orang Melayu, maka kita harus menganggap bahawa adalah menjadi hasrat Kerajaan ini untuk mempromosikan kemiskinan di kalangan orang Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir kesal kerana hasrat penganjuran Proklamasi Melayu dikaitkan dengan sentimen perkauman oleh pihak kerajaan.

Serentak itu beliau mendakwa, ‘pemimpin kerajaan’ patut ditahan kerana perbuatan berkenaan merupakan satu hasutan.

“Kecondongan terhadap orang Melayu ini adalah manifestasi perkauman Kerajaan. Ia adalah hasutan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara kita.

“Oleh itu pemimpin kerajaanlah yang patut ditangkap kerana menghasut,” kata Dr. Mahathir.

See also  Ben Ladin Selamat Bergelar Suami Di Usia 23 Tahun, Tular Foto Perkahwinan

Sebelum ini, media melaporkan Sekretariat Proklamasi Orang Melayu terpaksa membatalkan acara buat kali kedua itu disebabkan pengurusan dewan membatalkan tempahan penganjur.

Sehingga kini, pihak pengurusan dewan tidak menyatakan sebarang sebab atas pembatalan berkenaan.

Dijangkakan lebih 2,000 orang akan hadir dalam majlis berkenaan sekiranya tidak dibatalkan.

Dua hari lalu Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap Dr. Mahathir di bawah Akta Hasutan.

Kata beliau, apa yang dilakukan Dr. Mahathir adalah cubaan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. – MalaysiaGazette

Saya tak halang Anwar berdemonstrasi masa jadi PM 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo