Gara-gara memiliki tubuh badan yang sasa dan wajah yang kacak, nama pelakon, Atiq Azman sering dituduh sebagai lelaki yang menyukai kaum sejenis (gay) oleh netizen.
Artikel berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay’
Artikel berkaitan: Individu Dakwa Raja Atiq Jalin Hubungan Sejenis Tampil Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’
Artikel berkaitan: Sering Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Individu Mulut Celupar
Benci dengan tuduhan sebegitu
Menerusi laporan Kosmo, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak suka dan benci dengan tuduhan sebegitu yang dianggap sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan dirinya.
Tambah Atiq Azman atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, dia memang menentang habis-habisan kelompok itu (gay) lebih-lebih lagi apabila dia dituduh tergolong dalam kumpulan mereka.
Saya tidak boleh terima bila orang tuduh saya menyukai kaum sejenis atau terlibat dengan aktiviti LGBTQ. Memang saya menentang habis-habisan. Saya mahu tegaskan memang saya tidak suka dan benci apabila dituduh gay.
Ujar Atiq lagi, dia terpaksa bersuara apabila netizen mula melemparkan tuduhan dan dakwaan terhadapnya secara berlebihan gara-gara berkongsi gambar menayang bentuk badannya di media sosial baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut, Atiq mengakui apa yang dia lakukan itu salah. Malah, pelakon drama ‘Nur’ ini terbuka menerima teguran yang diberikan kepadanya, namun menentang jika dilabel sebagai lelaki gay.
Saya mengaku salah berkongsi gambar badan. Saya terima teguran orang. Cuma saya tidak boleh terima bila dituduh gay. Saya boleh terima jika mereka (peminat gay) menyukai saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau lebih daripada itu, memang saya tidak suka.
Dalam pada itu, Atiq juga menepis dakwaan mengatakan dirinya sengaja mencari perhatian atau publisiti kerana menayang bentuk badannya dalam media sosial, sebaliknya hanya mengikut trend yang dilakukan oleh lelaki lain yang bersenam di gimnasium.
Bukan cari publisiti
Biarpun lantang menentang, Atiq tidak kisah dengan tanggapan golongan terbabit kerana menganggap apa yang disuarakannya adalah perkara benar.
Lantaklah apa nak cakap. Saya rasa tidak salah. Ada ramai lagi artis lelaki lain yang kongsi gambar sebegitu, tetapi kenapa tak kena kecam dan dituduh gay? Mungkin hanya sebab saya berwajah jambu dan bibir merah, jadi mereka anggap saya begitu.
Sumber: Kosmo
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo