Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Acara tahunan kebanggaan bagi industri automotif negara Jepun, Tokyo Auto Salon bakal diadakan di Malaysia buat julung kalinya pada 9 Jun hingga 11 Jun ini (Jumaat-Sabtu), bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Artikel Berkaitan:
Para peminat kereta-kereta JDM dan pelbagai jenama barangan aftermarket kini boleh mendapatkan tiket ‘early bird‘ dan berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah-hadiah menarik daripada penganjur.
Tempoh pembelian tiket early bird bermula dari 18 Mac hingga 30 April ini, di mana tiket dewasa (13 tahun ke atas) berharga RM40 dan tiket kanak-kanak (10-12 tahun) cumalah RM18 sahaja.
Bermula 1 Mei hingga hari terakhir acara tersebut berlangsung (11 Jun) pula, harga normal tiket menjadi RM60 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak).
Setiap tiket dibeli, orang ramai boleh mengunjungi Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) pada mana-mana tarikh sepanjang acara tersebut berlangsung. Satu tiket hanya boleh digunakan untuk satu hari sahaja.
Setiap pembeli tiket early bird berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah-hadiah menarik, seperti hadiah utama dua orang pemenang akan terbang ke Jepun untuk merasa sendiri pengalaman Tokyo Auto Salon di negara asal acara tersebut.
Seramai seratus orang pula berpeluang untuk menonton Fast X pada bulan Mei sebelum francais filem aksi itu ditamatkan pada tahun 2024.
Manakala 50 orang bertuah lagi boleh mendapatkan dua pas ‘sneak peek‘ menjadi pengunjung terawal untuk melihat sendiri bagaimana proses persediaan TASKL sebelum orang lain masuk ke acara itu pada 9 Jun nanti.
Dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan, anda semua jangan lepaskan peluang keemasaan ini. Tiket ‘early bird‘ boleh didapatkan bermula hari ini hingga 30 April melalui laman web rasminya di sini.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo