Artikel Terkini

Pemilihan UMNO bukti perwakilan tolak usaha runtuhkan kerajaan

Pemilihan UMNO bukti perwakilan tolak usaha runtuhkan kerajaan
Pemilihan UMNO bukti perwakilan tolak usaha runtuhkan kerajaan 1

KUALA LUMPUR – Keputusan Pemilihan UMNO 2023 di setiap peringkat pada 11 dan 18 Mac lalu jelas membuktikan kira-kira 160,000 perwakilan telah menolak sebarang usaha untuk menggugat Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolakan itu selepas akar umbi dapat menghidu usaha pihak tentu cuba memecahbelahkan UMNO bukan sahaja dari dalam bahkan dari luar parti.

“Walaupun ada usaha-usaha untuk menggugat kerajaan yang ada sekarang, ia jelas ditolak oleh para perwakilan kerana terdapat kira-kira 160,000 perwakilan yang telah membuat pemilihan.

“Ini jelas sebagai satu signal bahawa unsur-unsur untuk memecahkan UMNO dari luar dan juga menyuntik dari dalam itu jelas untuk meruntuhkan kerajaan yang ada.

“Jelas bahawa akar umbi mahukan kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkukuhkan,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, malam ini.

Terdahulu Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan kedua hampir dua jam, malam tadi.

Tambahnya, keputusan pemilihan parti itu juga menunjukkan usaha untuk menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan boleh dielakkan.

“Keputusan pemilihan sayap-sayap UMNO di peringkat kawasan Parlimen dan Nasional, ditambah dengan pemilihan di peringkat Bahagian dan Nasional memperlihatkan telahan untuk menggugat Kerajaan Perpaduan adalah sesuatu yang boleh dielakkan.

“Kesatupaduan terhadap kepimpinan UMNO memperlihatkan dukungan daripada ahli akar umbi jelas untuk kepimpinan peringkat nasional memberikan dokongan sepenuhnya keutuhan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Katanya lagi, beliau yakin dengan kombinasi kesemua parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan dalam BN, PH dan GPS mampu mempertahankan pentadbiran Anwar.

“Kita amat yakin dengan dukungan daripada rakan-rakan parti dalam BN sendiri serta Sabah dan Sarawak yang mendukung kepada Kerajaan Perpaduan ini

See also  Bimbang Dimarahi Guru, Lamine Yamal Bawa Kerja Sekolah Ke Euro 2024

“Kombinasi kira-kira 20 parti yang ada di dalam Kerajaan Perpaduan ini akan diperkuatkan dengan kepimpinan baharu UMNO.

“Insya-Allah ianya akan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan yang ada.

“Kami berjanji Kerajaan Perpaduan ini akan terus disokong oleh kami dan diperkukuhkan dengan rakan-rakan BN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

Pemilihan UMNO bukti perwakilan tolak usaha runtuhkan kerajaan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo