KUANTAN – Kerajaan Pahang sekali lagi menghulurkan sumbangan berupa bantuan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Batu Pahat, Johor, bernilai RM50,000 menerusi pihak Parlimen Parit Sulong.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan tersebut merupakan permintaan khas dari parlimen berkenaan yang dikatakan antara lokasi terjejas teruk banjir di negeri itu.
“Saya harap mereka dapat menerima bantuan yang seadanya ini untuk ringankan beban,”katanya selepas menyempurnakan Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat Johor di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini.
Menurutnya antara sumbangan yang diberikan merupakan barangan keperluan asas seperti selimut tebal, tikar, kit kebersihan, lampin kanak-kanak dan air mineral.
Menyentuh tentang penghantaran sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan menghantar sukarelawan namun akan memberi tumpuan kepada Rompin terlebih dahulu.
Wan Rosdy dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi membantu mangsa banjir di Johor. KOSMO! ONLINE
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo