Artikel Terkini

Liga Super: Sang Kenari benam Kelantan United 3-2

Liga Super: Sang Kenari benam Kelantan United 3-2
Liga Super: Sang Kenari benam Kelantan United 3-2 1

KOTA BHARU – Kelantan United FC (Kelantan United) masih gagal meraih kemenangan dalam saingan Liga Super apabila tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

KDA FC yang turun tanpa kelibat jurulatih, Nafuzi Zain bermula garang dengan percubaan awal ke gawang Kelantan United melalui rembatan jarak jauh Willian Lira Sousa pada minit ketiga yang sedikit tersasar.

Terkejut dengan percubaan awal kem pelawat, Kelantan United cuba mengimbangi perlawanan, namun benteng KDA sukar ditembusi.

Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan melalui rembatan Devid De Santana Silva pada minit ke-22 selepas menerima hantaran lintang daripada Jose Elmer Porteria.

Gol berkenaan membangkitkan semangat tuan rumah untuk terus memburu gol apabila hampir menambah jaringan melalui tandukan Santana Silva pada minit ke-25, namun berjaya dinafikan penjaga gawang KDA FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Lira Sousa memastikan perlawanan kembali seimbang apabila menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan pada minit ke-34 selepas menerima bola sepakan sudut Lee Tuck.

Kesilapan pertahanan tuan rumah menyebabkan KDA FC dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Manuel Gasparini pada minit ke-44 bagi membolehkan pasukan pelawat mendahului 2-1 sebelum bergerak memasuki bilik persalinan.

Kelantan United yang memburu tiga mata penting cuba bangkit pada babak kedua, namun Sang Kenari terus garang melancarkan serangan ke gawang tuan rumah.

Asakan demi asakan KDA FC berhasil apabila memperoleh gol ketiga melalui jaringan mudah Mohamad Al Hafiz Harun pada minit ke-79.

Kelantan United dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Yan Victor Silva pada minit ke-88 bagi membolehkan tuan rumah merapatkan jurang gol dan jaringan 3-2 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan.

See also  Jualan Fesyen, Barang Kemas Terus Ungguli Jualan Secara Dalam Talian. Shopee Live Jadi Lubuk Rezeki!

Keputusan itu menyaksikan KDA FC berada di tangga keempat manakala Kelantan United di tempat tercorot Liga Super. – KOSMO! ONLINE


Liga Super: Sang Kenari benam Kelantan United 3-2 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo