Artikel Terkini

Lakukan seperti Mahathir buat pada Najib, baru layak digelar diktaktor

Lakukan seperti Mahathir buat pada Najib, baru layak digelar diktaktor
Lakukan seperti Mahathir buat pada Najib, baru layak digelar diktaktor 1

KUALA LUMPUR – Seseorang pemimpin hanya layak digelar diktator jika dia melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

Najib dan keluarganya telah disekat dari keluar negara sebelum didakwa, kata pentadbir Facebook bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, lorong jalan rumah Perdana Menteri keenam itu juga pernah diadakan sekatan jalan.

“Tunggu sampai malam sebelum Ramadan, suruh media datang saksikan dan buat live coverage. Geledah rumahnya untuk beberapa hari.

“Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC (SPRM), tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM, tukar Ketua polis.

“Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit. Beku juga akaun-akaun bank parti dia. Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

“Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN. Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat,” kata petadbir Facebook Najib lagi.

“Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya. Baru layak digelar diktator,” kata pentadbir Facebook Najib lagi.

Pentadbir itu dipercayai mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diktor apabila mendakwa perdana menteri itu menyekat kebebasan umum bersuara. – MalaysiaGazette

Tun Mahathir dakwa Anwar diktator, sekat suara rakyat

Lakukan seperti Mahathir buat pada Najib, baru layak digelar diktaktor 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo