Artikel Terkini

Kamal Adli cedera parah diserang, dipukul Singapura

Kamal Adli cedera parah diserang, dipukul Singapura
Kamal Adli cedera parah diserang, dipukul Singapura 1

PETALING JAYA  – Pelakon Uqasha Senrose mengesahkan suaminya, Kamal Adli cedera parah selepas diserang seorang individu tidak dikenali di Singapore Exspo Hall, Singapura hari ini.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka ingin pulang selepas terlibat dalam sebuah acara di sana.

“Ketika kami bergambar bersama seorang peminat, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan cotar dan senjata tajam sehingga cedera parah.

“Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya. Kami tidak kenal pun lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu berkata individu tersebut sudah ditahan pihak polis Singapura.

“Ketika kejadian berlaku, ahli keluarga saya semua ada di lokasi tersebut.

“Lelaki berkenaan berjaya ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.

Dia juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik-beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” kongsinya lagi.

See also  Gadis Kongsi Pengalaman Kena Road Bully, Diminta Ketepi Semata Mahukan Nombor Telefon Peribadinya

Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.

“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya lagi.

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek dalam Instagram memaparkan dirinya sedang menangis di hospital berkongsi keadaan terkini dan memohon doa daripada orang ramai buat suaminya. – KOSMO! ONLINE


Kamal Adli cedera parah diserang, dipukul Singapura 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo