Infotainment

Jumlah mangsa bah di Johor hampiri 50,000

Jumlah mangsa bah di Johor hampiri 50,000
Jumlah mangsa bah di Johor hampiri 50,000 1

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini terus bertambah dengan seramai 49,410 mangsa daripada 14,125 keluarga ditempatkan di 269 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua 10 daerah di negeri ini kembali terjejas akibat banjir dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa adalah Batu Pahat dengan seramai 20,767 mangsa.

“Ini diikuti daerah Segamat dengan 11,023 mangsa, Kluang (4,770), Muar (4,625), Tangkak (3,229), Kota Tinggi (3,160), Mersing (1,167), Johor Bahru (327), Pontian (278) dan Kulai (64),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi berkata, jumlah mangsa yang maut kekal empat orang, iaitu K. Sarathkumar yang menetap di Kluang, manakala Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan A. Fatimah di Segamat.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan beberapa daerah menunjukkan amaran hujan berterusan tahap waspada, iaitu Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sebanyak 14 sungai di tujuh daerah diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Gemas, Sungai Muar, Sungai Tangkak, Sungai Bekok, Sungai Kahang dan Sungai Johor.

Sebanyak 44 laluan dan susur  ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Paloh, Jalan Parit Jambi, Jalan Sri Bengkal, Jalan Yong Peng-Muar, Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan Mawai Lama, Jalan Tanah Abang dan Jalan Semaloi. – UTUSAN


Jumlah mangsa bah di Johor hampiri 50,000 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Ukraine retakes village in ‘first results’ of counter-offensive