Artikel Terkini

Inflasi kekal 3.7 peratus, harga makanan masih tinggi

Inflasi kekal 3.7 peratus, harga makanan masih tinggi
Inflasi kekal 3.7 peratus, harga makanan masih tinggi 1

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi pada bulan Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus dengan mata indeks mencatatkan 129.8 berbanding 125.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan inflasi di Malaysia pada Februari 2023 kekal didorong oleh restoran & hotel (7.4%) dan makanan & minuman bukan alkohol (7.0%).

Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 3.7 peratus berbanding Januari 2023 (4.0%) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi daripada
terus meningkat.

Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia turut didorong oleh kenaikan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (3.4%); pelbagai barangan &perkhidmatan (2.5%) dan kesihatan (1.8%).

Perumahan, air, eektrik, gas & bahan api lain dan perkhidmatan rekreasi & kebudayaan masing-masing merekodkan peningkatan 1.7 peratus, manakala pendidikan meningkat 1.6 peratus.

Kedua-dua minuman alkohol & tembakau dan pakaian & kasut masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding Februari 2022.

“Kumpulan makanan & minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan IHP merekodkan peningkatan 7.0 peratus (Januari 2023: 6.7%).

Daripada 230 item makanan, sebanyak 203 item atau 88.3 peratus telah merekodkan kenaikan harga.

“Komponen makanan di rumah yang menyumbang hampir 58 peratus daripada keseluruhan kumpulan makanan & minuman bukan alkohol mencatatkan peningkatan lebih tinggi kepada 5.8 peratus berbanding 5.1 peratus pada Januari 2023.

“Namun begitu, komponen makanan di luar rumah telah mencatatkan kenaikan yang lebih rendah 8.9 peratus berbanding Januari 2023 (9.3%),” katanya.

Antara makanan di luar rumah yang mencatatkan peningkatan lebih perlahan adalah sate, 9.9 peratus (Januari 2023: 11.0%); nasi campur, 9.1 peratus (Januari 2023: 10.2%);
Nasi ayam, 7.8 peratus (Januari 2023: 8.0%) dan masakan berasaskan daging, 7.3 peratus (Januari 2023: 8.7%).

See also  Pakar Otak Listkan Khasiat Keledek Ungu, Rupanya Ramai Tak Tahu

Antara initiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan meredakan inflasi makanan di luar rumah adalah Menu Rahmah yang diumumkan pada 31 Januari 2023.

Kenaikan komponenmakan di rumah adalah didorong oleh kenaikan bagi kesemua subkumpulan Makanan di rumah terutamanya oleh subkumpulan daging (9.0%); beras, roti & bijirin lain (6.7%); susu, keju & telur (6.6%) dan sayur-sayuran (5.8%).

Ini diikuti oleh buah-buahan (4.7%); gula, jem, madu, coklat & manisan (3.6%) dan ikan & makanan laut (3.2%).

Manakala subkumpulan minyak & lemak menyederhana kepada 0.6 peratus.

Subkumpulan daging yang merangkumi ayam, daging lembu, babi, kambing, kerbau dan itik telah mencatatkan peningkatan 9.0 peratus berbanding 8.3 peratus pada Januari 2023.

Ayam merekodkan peningkatan 8.0 peratus berbanding 6.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022 (Januari 2023: RM10.30) manakala, purata harga di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 (Januari 2023: RM9.70), melebihi paras harga kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan
iaitu RM9.40.

Selain itu, peningkatan pada subkumpulan ini turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8%) dan itik (10.5%).

Secara bulan ke bulan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 peratus, disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 peratus, diikuti oleh daging ayam dan daging itik masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus. Peningkatan dua digit daging babi yang berterusan semenjak Mei 2022 adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan susulan Demam Babi Afrika yang melanda beberapa negeri.

Infografik Indeks Harga Pengguna Feb 2023

Walau bagaimanapun, subkumpulan susu, keju & telur meningkat dengan kadar yang perlahan pada 6.6 peratus pada Februari 2023 (Januari 2023: 7.0%). Telur ayam yang menyumbang 22.8 peratus wajaran kepada subkumpulan meningkat pada kadar yang sama seperti Januari 2023 iaitu 4.5 peratus.

See also  Anak Tak Aktif Bergerak Dalam Perut, Ibu Hamil Ambil Makanan Ni Rangsang Bayi!

Bagi memastikan bekalan telur ayam kekal stabil, pada 27 Februari 2023, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengumumkan akan meneruskan pemberian subsidi bagi telur dan ayam sehingga Jun 2023.

Sementara itu, susu sejat dan susu pekat manis terus mencatatkan peningkatan dua digit, walaupun pada kadar lebih perlahan iaitu 14.7 peratus berbanding 16.2 peratus pada Januari 2023.

Subkumpulan beras, roti & bijirin meningkat dan kekal pada 6.7 peratus berbanding Januari 2023 disumbangkan terutamanya oleh peningkatan Tepung gandum (28.5%) dan Mi basah (20.5%).

Produk roti dan bakeri yang meningkat sebanyak 6.9 peratus pada Februari 2023 turut menyumbang kepada kenaikan subkumpulan ini.

Sementara itu, subkumpulan minyak & lemak terus mereda kepada 0.6 peratus berbanding Januari 2023 (0.7%). Harga runcit maksimum minyak masak kemasan botol bagi satu hingga lima kilogram yang masih kekal bagi tempoh 8 Februari hingga 7 Mac 2023 turut menyumbang kepada peningkatan marginal subkumpulan ini.

Hujan lebat berterusan sejak akhir Disember 2022 hingga Februari 2023 di beberapa negeri telah mendorong kepada kenaikan harga makanan, terutamanya sayur-sayuran.

Kesan daripada perubahan monsun ini, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran telah mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.8 peratus berbanding 1.0 peratus pada Januari 2023. Secara bulanan, sayur-sayuran merekodkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus berbanding 0.7 peratus pada Januari 2023.

Antara sayur-sayuran yang mencatatkan kenaikan tahun ke tahun adalah timun (24.8%) dengan purata harga RM5.20 sekilogram (Februari 2022: RM3.82), bendi (19.0%) dengan purata harga RM11.66 sekilogram (Februari 2022: RM9.31), tomato (17.1%) dengan purata harga RM8.73 sekilogram (Februari 2022: RM6.78) dan bayam (16.8%) dengan purata harga RM6.53 sekilogram (Februari 2022: RM5.27).

See also  Doktor Bebel Berat Tak Naik Masa Hamil, Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama!

Manakala, beberapa sayur-sayuran yang mencatatkan penurunan adalah Kubis bulat (-7.2%) dengan purata harga RM4.73 sekilogram (Februari 2022: RM5.35), Cili hijau segar (-2.0%) dengan purata harga RM14.77 sekilogram (Februari 2022: RM14.70) dan cili merah segar (-2.6%) dengan purata harga RM17.02 sekilogram (Februari 2022: RM17.78). – MalaysiaGazette

Inflasi kekal 3.7 peratus, harga makanan masih tinggi 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo