Artikel Terkini

Dewan Rakyat: 70,000 OKU jalani pemulihan dadah

Dewan Rakyat: 70,000 OKU jalani pemulihan dadah
Dewan Rakyat: 70,000 OKU jalani pemulihan dadah 1

KUALA LUMPUR – Seramai 70,000 orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara mendapatkan rawatan pemulihan dadah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sama ada di pusat rawatan atau komuniti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu, seramai 85 OKU mendapatkan rawatan di dalam pusat kendalian AADK iaitu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).

“Kita akan menilai OKU tersebut dan jika mereka benar-benar tidak ada keupayaan, mereka akan dirawat melalui komuniti. Bagaiamanapun, sekiranya ada kemampuan fizikal, rawatan dibuat di Puspen,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat selepas menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berhubung bilangan OKU terlibat dadah di seluruh negara.

Mengulas cadangan Mohd. Suhaimi berhubung penggunaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi merawat OKU terlibat dadah, Shamsul Anuar berkata, kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah pusat rawatan.

“Cadangan yang berhomat untuk menggunakan PLKN, akan dikaji tapi kita memang ada perancangan untuk menambah (pusat rawatan). Namun ia tidak menjurus lagi kepada PLKN.

“Selain itu dari semasa ke semasa, kita juga akan buat latihan dan meningkatkan keupayaan mereka yang berurusan untuk rawatan OKU ini. Kita juga menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama terutama rawatan di komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Dewan Rakyat: 70,000 OKU jalani pemulihan dadah 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Anak Jati Kedah & Bekas Pelajar SMK Sultanah Asma Raih Emas Sukan Asia Ke-19! Sivasangari Terus Cemerlang