Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman mendedahkan dirinya menderita penyakit tiroid sejak lima bulan lalu sehingga berat badannya turun 18 kilogram.
Memetik Harian Metro, Yasin berkata dia disahkan menghidap penyakit itu pada November lalu dan beratnya kini hanya 48 kilogram.
BACA: “Permintaan Yasin Kaji Semula Akta Dadah Tidak Wajar” – Ameng
Menurut Yasin, dia tidak mahu orang ramai beranggapan pihak Jabatan Penjara tidak memberi makan atau mengabaikan soal kebajikan disebabkan perubahan fizikalnya.
“Seperti semua dapat lihat, saya kurus sekarang. Semasa masuk penjara dulu berat badan saya 66 kilogram dan sekarang 48 kilogram.
“Saya tidak mahu ada orang berandaian penjara tidak beri makan. Penjara banyak makanan sehingga melimpah ruah dan sebenarnya ramai saja banduan yang gemuk.
“Saya derita tiroid selama lima bulan tapi Alhamdulillah dengan bantuan dan pertolongan pihak penjara, saya mendapat ubat-ubatan serta menjalani rawatan susulan setiap bulan,” katanya.
Sementara itu, peguam bela Yasin iaitu Ariff Azami Hussein berkata keadaan kesihatan anak guamnya akan dimasukkan ke dalam dokumen representasi keempat yang bakal difailkan dalam masa terdekat.
“Kita (pembelaan) tidak meminta sesuatu yang luar biasa atau ‘miracle’ tapi yang ada asas dan boleh dibenarkan undang-undang.
“Kita tetap yakin walaupun ditolak kali ketiga, kita akan masukkan lagi yang keempat mungkin dengan sedikit perubahan terma.
“Kita tetap optimis kes ini boleh diselesaikan tanpa melalui perbicaraan kerana Yasin adalah kategori tertuduh unik kerana seorang pesakit dan boleh diberikan peluang,” katanya.
Terdahulu, Yasin didakwa menggunakan dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac 2022.
Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis, di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh sama.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo