Infotainment

Bekas Pengacara 3R, Tini Ariffin Hidap Kanser Payudara

Bekas Pengacara 3R, Tini Ariffin Hidap Kanser Payudara
Bekas Pengacara 3R, Tini Ariffin Hidap Kanser Payudara 1

Lama tak dengar cerita mengenai bekas pengacara program 3R ini, Tini Ariffin mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu sejak dua bulan lalu.

Memetik Harian Metro, menerusi satu perkongsian di Instagram, Tini berkata dia bersedia untuk berkongsikan mengenai perkara itu selepas dapat mengawal emosi.

“Saya dah simpan berita ini selama lebih kurang dua bulan. Tak pasti sama ada saya nak kongsikan atau sekadar buat tak tahu seperti benda ini okay, atau benda ini tak ada apa-apa pun.

“Tapi, saya terpanggil nak kongsikan sebab saya tahu, di luar sana, ada ramai wanita yang melalui perjalanan ini sama seperti saya. Saya harap, perkongsian saya ini bermanfaat.

“Saya sekarang sudah dapat mengawal emosi, memproses berita ini, mendapatkan maklumat dan saya di situasi yang lebih baik sekarang.

“Dua bulan lalu, saya disahkan menghidap barah payudara. Saya sedar kewujudan ketulan di payudara ketika sedang mandi. Panik. Keesokan harinya saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,” tulisnya.

Sementara itu, Tini berkata dia melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak memasuki usia 40-an sebelum menyedari kewujudan ketulan itu.

“Saya secara konsisten, melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak saya melangkah ke usia 40 tahun. Tahun lalu, tak ada apa-apa.

“Sedar akan kewujudan ketulan itu, satu perkara. Tak tahu apakah benda itu, satu lagi perkara. Tak keruan saya dibuatnya.

“Cadangan pertama, saya perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ia kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.

“Saya seterusnya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau ketumbuhan itu adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.

See also  Kenapa Hong Kong Boleh Ada Pasukan Bola Sepak Sendiri?

“Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, di mana, saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu,” katanya.

Menurut Tini lagi, rata-rata mengatakan dia bertuah kerana dapat mengesan kanser tersebut lebih awal dan terus bertindak.

“Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir secara positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk. Ramai yang mendoakan saya agar semuanya okay. Saya sangat bersyukur.

“Allah tahu segalanya dan keputusannya, ia adalah kanser tahap satu. Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah sebab saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa?” tulisnya.


Bekas Pengacara 3R, Tini Ariffin Hidap Kanser Payudara 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo