Artikel Terkini

Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah

Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah
Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah 1

KOTA KINABALU – Membantu Pitas, Kota Marudu dan Tongod yang merupakan tiga daerah termiskin di Sabah, merupakan antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membantu Negeri di Bawah Bayu itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu termasuk daripada segi pembangunan projek desa melibatkan prasarana dan kemudahan utiliti.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, gerak kerja perlaksanaan itu sedang diteliti KKDW bersama Kerajaan Sabah, dalam jawatankuasa teknikal antara dua pihak itu yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

“Kami di KKDW pastinya akan laksanakan melalui perbincangan dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, bagi realisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memfokuskan tiga daerah ini keluar daripada kelompok miskin tegar antara daerah termiskin di Sabah,” kata di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan KKDW  bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 di sini yang turut dihadiri Hajiji.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa teknikal KKDW dan Kerajaan Sabah itu juga memainkan peranan, dalam usaha menyelaras peruntukan yang disalurkan kepada negeri itu supaya peruntukan itu dapat diterima secepat mungkin dan projek terlibat dilaksana secara berkesan.

Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2023 dibentang pada 24 Februari lalu, Sabah memperoleh pelbagai peruntukan, justeru penyelarasan dibuat KKDW dan Kerajaan Sabah bagi memastikan projek terlibat  berjalan lancar.

“Penyelarasan ini melibatkan ketua jabatan di kementerian serta agensi Sabah serta pihak kami (KKDW), ini adalah sesuatu yang dilaksanakan supaya perlaksanaan (projek) dapat dirasakan oleh rakyat Sabah dengan segera mungkin,” katanya.

See also  League leaders Arsenal cruise to victory over Fulham

Ahmad Zahid berkata, selain membantu tiga daerah termiskin dan penyelarasan itu, perkara utama yang telah dikenal pasti adalah soal keterjaminan makanan, dengan inisiatif estet padi akan dilaksanakan di Sabah bagi memastikan bekalan makanan utama dapat dikeluarkan secara sendiri oleh negeri itu.

“Ia bagi penggunaan tempatan dalam masa sama menjadi ‘stockpile’ bagi memastikan bekalan itu ada dalam masa diperlukan…Felcra (Felcra Berhad) mempunyai modaliti perlaksanaan estet padi ini seperti mana dilaksanakan di Seberang Perak.

“Penduduk kampung terlibat sebagai pemegang saham dalam estet itu dengan memperoleh dividen, mereka juga terlibat dalam guna tenaga sebagai pekerja estet padi itu dan kawasan perumahan disediakan Felcra untuk mereka supaya ada kawasan pembangunan ekonomi baharu di kawasan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau menyerahkan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri untuk mengumumkan perincian inisiatif estet padi itu termasuk kawasan yang terlibat setelah penelitian terhadap perkara itu selesai dilakukan. – Bernama

Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo