Artikel Terkini

1,500 meriahkan Larian Ria Hari Kanser Sedunia

1,500 meriahkan Larian Ria Hari Kanser Sedunia
1,500 meriahkan Larian Ria Hari Kanser Sedunia 1

PUTRAJAYA – Lebih 1,500 menyertai Larian Ria 2023 Hari Kanser Sedunia yang berlangsung di Institut Kanser Negara (IKN), Presint 7 di sini pagi tadi.

Program larian itu adalah acara penutup sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 4 Februari setiap tahun.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa di hadapan lobi IKN di sini.

Dr. Zaliha berkata, sambutan Hari Kanser Sedunia adalah bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam mencegah dan mengawal penyakit kanser.

Menurutnya, tahun 2023 adalah tahun kedua bagi tema tiga tahun ‘Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser’ iaitu gerakan untuk mengajak orang ramai memainkan peranan untuk menangani jurang dalam penjagaan kanser.

“Kanser adalah satu daripada lima sebab utama kematian di Malaysia dan beban penyakit kanser dijangka akan terus meningkat disebabkan prevalen faktor-faktor risiko penyakit berjangkit yang tinggi dan populasi menua di Malaysia,” katanya.

Katanya, beliau mengajak semua pemegang taruh untuk berganding bahu dan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pengesanan awal kanser.

Sementara itu, Pengarah IKN, Dr. Mohd Anis Haron @ Harun berkata, pihaknya melihat trend peningkatan ketibaan pesakit kanser ke IKN untuk mendapatkan rawatan awal sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan itu sekali gus gus menunjukkan tahap kesedaran pesakit yang mula mulai meningkat terhadap rawatan dan pencegahan kanser.

“Kami menerima kehadiran sekitar 51,000 pesakit luar tahun lalu selain 9,500 pesakit dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Dr. Anis berkata, IKN menerima peruntukan sekitar RM80 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini yang kebanyakannya diperuntukkan untuk bekalan ubat-ubatan kanser. – KOSMO! ONLINE

See also  Daging Burger Pun Boleh Jadi Lauk Yang Sedap. Ini Cara Membuatnya


1,500 meriahkan Larian Ria Hari Kanser Sedunia 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo