SEPANG – Malaysia sedang menunggu kelulusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan tambahan 350 lagi kuota haji bagi tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Malaysia sudah kemukakan dua kali rayuan pada bulan Januari dan Februari lalu.
Untuk tahun ini, Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia seramai 31,600 orang.
Jelas beliau, Malaysia mempunyai asas bagi memohon tambahan kuota tersebut berdasarkan pertambahan populasi penduduk di negara ini kepada 31.95 juta penduduk.
“Kuota haji yang diperuntukkan kepada Malaysia pada tahun ini adalah sebanyak 31,600, jadi kita minta tambahan 350 lagi supaya kuota ditingkatkan kepada 31,950 jemaah.
“Kita ada asas (peningkatan populasi) yang kita beritahu kepada Kerajaan Arab Saudi kenapa perlunya tambahan 350 jemaah lagi supaya jumlah jadi 31,950,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 yang julung kali diadakan, di sini, hari ini.
Tambah Mohd Na’im, hasrat bagi penambahan kuota itu sudah disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah pada Januari dan Februari lalu.
“Semasa saya ke Jeddah pada Januari lalu sudah dikemukakan rayuan ini dan apabila Dr Tawfiq buat kunjungan ke Malaysia pada Februari lalu, saya juga sudah kemukakan rayuan sama.
“Jadi kita berharap kerajaan Arab Saudi akan beri pertimbangan (berhubung perkara ini),”ujarnya. – MalaysiaGazette
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah batu-bata pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor
rumah bangloSource
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo