Artikel Terkini

Zahid memang kuat tapi jangan pandang ringan kekuatan Najib

Zahid memang kuat tapi jangan pandang ringan kekuatan Najib
Zahid memang kuat tapi jangan pandang ringan kekuatan Najib 1

KUALA LUMPUR – Meskipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden UMNO dan kedudukannya kuat namun kekuatan Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang ringan.

“Datuk Zahid memang kuat tapi jika kita tengok in detail struktur senarai MT (Ahli Majlis Kerja Tertinggi) UMNO, sebenarnya ramai penyokong tegar Bossku…Datuk Seri Najib.

“Jangan underestimated (pandang ringan) suara di sebalik penjara sekarang ini dan pengaruh suara itu untuk menentukan masa depan UMNO,” kata Khairy Jamaluddin.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu menambah, cerita Najib yang cukup sinonim dengan gelaran ‘Bossku’ belum berakhir lagi.

“Pendengar pun nak tahu tentang apakah perancangan ‘Bossku’. ‘Bossku is not finish.

“Saya nak cakap dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ my view, pendengar pun tahu pandangan saya selepas kekalahan 2018 berkenaan dengan ‘Bossku’.

“Namun ‘Bossku’ masih ada kekuatan yang perlu diambil kira ,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap.

Beliau bersiaran bersama Shahril Sufian Hamdan, bekas Ketua Penerangan UMNO.

Dalam perbincangannya, Khairy berkata, walaupun Zahid didakwa menguasai parti dalam keputusan Pemilihan UMNO tetapi bukan semua terutama keanggotaan MT.

“Kita ambil contoh Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Pengerusi Felcra) dia totok orang ‘Bossku’. Datuk Seri Abdul Azeez, dia kalau kerat 1001, dia orang ‘Bossku’.

“Datuk Johan (Hulu Langat) dia main player ‘Bossku’. Isham Jalil adalah bekas pegawai khas ‘Bossku’. Lokman Noor Adam yang dipecat oleh Zahid dan dibawa balik oleh Zahid adalah ‘Najib first’,” ujarnya.

Katanya, kalau ada ‘finger print’ dalam senarai pemenang dalam Pemilihan UMNO, ia bukan Zahid yang menguasai parti tersebut.

Sebaliknya, Zahid/’Bossku’, ujar bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

See also  Dr Fie Tawfek Kongsi Tip Anak Lagi Fokus, Tak Ada Istilah Tantrum Di Rumah!

“Dan masih ada harapan oleh orang-orang ‘Bossku’ sesuatu mesti dibuat oleh Zahid dan kerajaan terhadap ‘Bossku’.

“Sebab tu saya kata, cerita ‘Bossku’ belum selesai,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Zahid memang kuat tapi jangan pandang ringan kekuatan Najib 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo