KOTA KINABALU – Seramai 653 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri Tujuh menerusi Pelabuhan Sandakan hari ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PATI warga negara Filipina berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar serta Tawau.
“Mereka dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan laut.
“Semua yang dipindahkan membabitkan seramai 439 lelaki, 145 wanita dan 69 kanak-kanak yang berusia antara 23 bulan hingga 12 tahun ke bawah manakala bagi dewasa dari 13 hingga 68 tahun.
“Kanak-kanak yang terbabit dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa serta penjaga masing-masing. Semua tahanan pada kali ini diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, SH Sitti Saleha menyatakan semua PATI berkenaan ditahan di Depot Imigresen selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo