GEORGE TOWN – Seorang pekerja syarikat trak tunda nekad menyelamatkan seekor anjing tersepit dalam sebuah kereta yang terbabit kemalangan di Gelugor di sini meskipun dirinya luka akibat digigit haiwan tersebut.
Lelaki yang ingin dikenali sebagai Deva, 30, berkata, dia menyedari anjing itu selepas mendengar bunyi salakkan sebaik mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan dibawa pihak ambulans.
“Saya tiba agak lewat di lokasi kemalangan iaitu kira-kira pukul 11 malam sebelum terdengar bunyi anjing menyalak dari arah salah sebuah kereta yang terlibat kemalangan.
“Kemudian rakan sekerja memberitahu terdapat seekor anjing tersepit dalam kenderaan tersebut. Susulan itu, saya bertindak memecahkan cermin kereta jenis Honda City itu untuk menyelamatkan haiwan terbabit.
“Ketika dalam proses menyelamatkan, anjing tersebut bertindak agresif dan menggigit kedua-dua tangan saya sehingga menyebabkan kecederaan pada jari serta tapak tangan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Menurut Deva, akibat serangan itu, anjing tersebut terlepas daripada tangannya sebelum bersembunyi di bahagian bawah kenderaan tersebut.
“Orang ramai khususnya pekerja trak tunda cuba mengalihkan kereta yang terbalik itu namun tiba-tiba anjing tersebut lari daripada gengaman saya dan bersembunyi di bahagian bawah kenderaan.
“Ia sekali gus menyukarkan proses menyelamatkannya kerana bimbang dihempap kereta.
“Bagaimanapun, dengan bantuan rakan di lokasi saya teruskan usaha menyelamatkan anjing sebelum ia diserahkan kepada seorang wanita yang sudi menjaganya sementara pemilik asal menerima rawatan di hospital,” katanya.
Tambah Deva, sepanjang 19 tahun bekerja dengan syarikat trak tunda, ini merupakan pengalaman pertama menyelamatkan haiwan peliharaan di lokasi kemalangan. – MalaysiaGazette
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah
rumah batu-bata pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah bangloSource
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo