Artikel Terkini

Anwar semak perincian Belanjawan pastikan penyampaian terbaik

Anwar semak perincian Belanjawan pastikan penyampaian terbaik
Anwar semak perincian Belanjawan pastikan penyampaian terbaik 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga bertujuan memastikan permasalahan rakyat disantuni dengan cekap dan adil.

“Langkah ini penting bagi memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat serta golongan masyarakat yang disasarkan kerajaan,” katanya dalam catatan di Facebooknya, hari ini.

Menurut catatan itu, Anwar berkata demikian semasa pertemuan bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada jamuan tengah hari  sambil berbicara ringkas mengenai kepentingan untuk Ahli Parlimen memainkan peranan mereka dengan berkesan.

Belanjawan 2023, yang dibentangkan Anwar pada 24 Februari lepas, memperuntuk sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pada 9 Mac, Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Anwar, diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat. – Bernama

Anwar semak perincian Belanjawan pastikan penyampaian terbaik 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Anak-anak lebih suka makan di rumah. Rozita Che Wan hias meja makan tarik selera makan di rumah!