Artikel Terkini

PRN: Umno Kedah kenal pasti kerusi, Kelantan bincang selepas pemilihan

PRN: Umno Kedah kenal pasti kerusi, Kelantan bincang selepas pemilihan
PRN: Umno Kedah kenal pasti kerusi, Kelantan bincang selepas pemilihan 1

Keputusan akhir mengenai kerusi DUN Kedah akan diputuskan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat pada 19 Mac ini, manakala kelantan akan membincangkannya selepas pemilihan parti.

PRN: Umno Kedah kenal pasti kerusi, Kelantan bincang selepas pemilihan
Mahdzir Khalid berkata jumlah kerusi yang akan ditandingi Umno pada PRN Kedah akan diputuskan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat pada 19 Mac (Gambar Bernama)

KUALA NERANG: Umno telah mengenal pasti beberapa kerusi DUN Kedah yang disasar untuk ditandingi parti itu pada PRN akan datang, kata naib presidennya Mahdzir Khalid.

Beliau yang enggan mendedahkan bilangan kerusi itu berkata, keputusan akhir mengenai perkara itu bagaimanapun akan diputuskan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat pada 19 Mac ini.

Mahdzir yang dilantik sebagai bapa angkat bagi mengetuai gerak kerja parti di Kedah oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno secara dalaman telah mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu.

“Kita telah mengadakan mesyuarat di peringkat Umno sendiri beberapa kali dan dan telah mengadakan mesyuarat dengan BN di peringkat negeri, dan kita ada pertemuan tidak rasmi dengan pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH), malah saya juga berjumpa ahli-ahli Yang Berhormat PH dua minggu lepas.

“Ini perbincangan tak rasmi, sebab kita tunggu keputusan akhir daripada jawatankuasa induk PH-BN (Sekretariat Kerajaan Perpaduan) di peringkat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau perjalanan Mesyuarat Perwakilan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.

Sementara itu. Umno Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN selepas pemilihan parti berkenaan selesai, kata Ketua Umno negeri Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan di peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama.

“Di Kelantan, kita fikir biarlah selesai dahulu pemilihan parti di peringkat bahagian kerana apabila selesai pemilihan berkenaan sudah tentulah akan terbentuk kepimpinan baharu Umno di peringkat negeri.

See also  Pantang Larang Ni Kena Jaga Kalau Suami Isteri Nak Kesuburan Tip Top!

“Setakat ini belum ada keputusan termasuk calon yang belum diputuskan dan apabila selesai pengagihan kerusi kita akan duduk berbincang di peringkat kepimpinan negeri sebelum mengemukakan cadangan kepada presiden,” katanya kepada pemberita di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata selepas selesai pemilihan parti itu, pihaknya juga akan memberi tumpuan untuk memperkuat jentera parti bagi menghadapi PRN nanti.

PRN: Umno Kedah kenal pasti kerusi, Kelantan bincang selepas pemilihan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo