Infotainment

Mimpi tikam 19 kali kekasih sedang tidur

Mimpi tikam 19 kali kekasih sedang tidur
Mimpi tikam 19 kali kekasih sedang tidur 1

LONDON: Seorang wanita dari Wisconsin mendakwa bahawa dia sedang bermimpi ketika menikam 19 kali bekas teman lelakinya yang sedang tidur.

Bulan lalu, polis tiba di rumah Morgan Lund di Oshkosh, Wisconsin bagi mendapatkan remaja berusia 21 tahun itu yang kelihatan menangis dan berlumuran darah.

Lund memberitahu polis bahawa dia yang turut mempunyai anak hasil perkongsian bersama bekas teman lelaki­nya itu mendakwa melihat sesuatu ketika membuat serangan, 18 Februari lalu.

Dia bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah atas per­tuduhan cubaan membunuh dengan sengaja tahap pertama atas sebab penyakit mental atau kecacatan ketika di mahkamah, Isnin lalu.

Difahamkan ibu kepada anak satu itu bangun pada pukul 6.30 pagi dan membawa bayinya ke ruang tamu, di mana bekas teman lelakinya yang masih tidak didedahkan identiti itu sedang tidur.

Ketika itulah Lund mendakwa dia melihat figura yang gelap dan bukan manusia, satu fenomena yang membuatnya berhalusinasi selama enam bulan sebelum menyerang bekas pasangannya.

Dia dipercayai mengambil gunting dan cuba membunuh figura itu, tetapi sebenarnya dia menyerang bapa kepada anak perempuannya itu.

Dokumen mahkamah yang dilihat oleh New York Post menyatakan, dia mempunyai ingatan yang terganggu tentang sesuatu yang mungkin mimpi atau imaginasinya.


Mimpi tikam 19 kali kekasih sedang tidur 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Alcaraz downplays injury concerns as US Open looms