Artikel Terkini

Pertuduhan bukan atas desakan, tidak memihak sesiapa – Peguam Negara

Pertuduhan bukan atas desakan, tidak memihak sesiapa – Peguam Negara
Pertuduhan bukan atas desakan, tidak memihak sesiapa - Peguam Negara 1

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu ialah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan serta bukan desakan mana-mana pihak atau faktor lain.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, ia susulan daripada tohmahan bahawa berlakunya pendakwaan terpilih (selective prosecution), bermotif politik dan penganiayaan (persecution) dalam pendakwaan kes baru-baru ini.

Katanya, keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti.

“Ini bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan terhadap wujudnya pendakwaan terpilih (selective prosecution), bermotif politik dan penganiayaan (persecution) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idrus berkata, sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu itu akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pertuduhan terhadapnya adalah satu ‘pertuduhan terancang’ dengan mendakwa keputusan untuk mendakwa beliau sebenarnya dibuat lebih awal oleh pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum siasatan dilengkapkan.

“Semalam saya diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa saya sedangkan keterangan belum dibuat lebih awal. Ini jelaskan keputusan (pendakwaan) dibuat lebih awal,” kata Muhyiddin.

Bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di atas empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta. – KOSMO! ONLINE


Pertuduhan bukan atas desakan, tidak memihak sesiapa - Peguam Negara 1 kontraktor rumah

See also  Amalan Surah AL-FIL, Ikhtiar Atasi Gangguan Jin & Masalah Dalaman Wanita!
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo