Pelakon Hafidz Roshdi akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini susulan tindakannya dipercayai menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu.
BACA: Netizen Minta Penerbit, Pengarah Boikot Hafidz Roshdi
“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum ini, pelakon itu ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu. Hafidz ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Bagaimanapun, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari yang sama.
Terdahulu, Shuhada membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk oleh suaminya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo