Artikel Terkini

Prinsip Dr Mahathir selektif, bukan menyeluruh

Prinsip Dr Mahathir selektif, bukan menyeluruh
Prinsip Dr Mahathir selektif, bukan menyeluruh 1

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar didakwa sudah terperangkap dengan naratif Tun Dr Mahathir apabila menjadi pro kepada ‘prinsip secara selektif’ bukan menyeluruh.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan adakah tindakan Mahathir bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO perbuatan berprinsip.

“Non terperangkap dengan naratif Tun M,” katanya yang mengulas pujian Noh terhadap bekas perdana menteri itu.

Semalam, Noh memuji kepimpinan Mahathir ketika mengemudi parti tersebut.

Noh menyifatkan Mahathir seorang pemimpin berprinsip tinggi apabila UMNO bebas daripada individu yang terpalit daripada kes mahkamah.

Ketika itu, menurutnya, mana-mana pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah akan terus digantung sehingga kes mahkamah selesai dibicarakan tanpa mengira siapa individu itu.

“Saya lihat zaman Tun Mahathir jadi presiden parti, mana-mana pemimpin parti bila kena dakwa automatik gantung tak kiralah (Datuk Seri) Khir Toyo ke, (Tan Sri) Rahim Tamby Chik ke automatik gantung tapi hari ni dah terbalik.

“(Kini) Yang ada kes terus dapat jawatan, terus menang tak bertanding,” katanya.

Mengulas lanjut, Puad berkata, Mahathir telah mewujudkan “Kluster Mahkamah” melalui “pertuduhan selektif” untuk melakukan penghapusan politik.

Sebab itu Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikenakan puluhan tuduhan untuk membunuh politik mereka, sekali gus mengorbankan UMNO.

“Ternyata Tun M gagal. Zahid menang jawatan Presiden UMNO di pemilihan parti 2018. Kini Zahid menang pula jawatan Presiden tanpa bertanding. UMNO tidak berkubur pun.

“Maksudnya ahli yang buat keputusan. Mereka lebih faham dan cerdik daripada Noh. Mereka yang berhak menentukan siapa pemimpin ada prinsip,” tambah Puad sambil meminta bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu mengawal emosi marahnya. – MalaysiaGazette

Noh puji Dr Mahathir ketika jadi Presiden UMNO

Prinsip Dr Mahathir selektif, bukan menyeluruh 1 kontraktor rumah

See also  "Nah Gaji Untuk Hari Ni.."-Bawa Anak Belajar Erti Susah Cari Duit, Perkongsian Ayah Ni Ramai Terharu!
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo